Operasi Samseng Jalanan: Polis sita 97 motosikal, keluarkan 314 saman

Dari Penulis

SEBANYAK 97 buah motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di sepanjang jalan Lebuh Ismail Sultan dan Lebuhraya Linkedua pada Sabtu dan Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, operasi yang diketuai oleh seorang pegawai dan 10 anggota ini telah dijalankan bagi mengambil tindakan tegas terhadap mat rempit yang masih bermaharajalela sehingga menganggu pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua mat rempit berusia 14 dan 17 tahun kerana telah melakukan aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan.

“Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 126 buah kenderaan dan 136 individu telah diperiksa oleh polis.

Mohd Azlan berkata, sebanyak 314 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan turun menyita 97 buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan ubah suai ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi dan tiada perlindungan insurans.

Katanya, ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan dari kegiatan samseng jalanan yang berisiko untuk menyebabkan kematian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This