PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antarabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan.
Anwar berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.
Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai ‘genosid di Ukraine’, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya sebagai ‘kesan peperangan’ dan menerimanya begitu sahaja.
“Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di New Delhi, semalam.
Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin.
Terdahulu dalam hantaran di platform X, Anwar berkata “sebarang perkembangan bermakna kearah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel”.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

