KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang memperhalusi kertas kerja mengenai Pelan Komunikasi Dadah dalam usaha menangani masalah yang dianggap sebagai musuh negara itu.
Menteri berkaitan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, penelitian dijalankan sebelum pelan berkenaan dibentangkan ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah.
Katanya, mesyuarat yang bakal dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan mempertimbangkan perkara yang terdapat di dalamnya sebelum tindakan lanjut diambil.
“Mesyuarat meneliti data terkini penyalahgunaan dadah mengikut populasi penduduk di Malaysia termasuk melibatkan kumpulan umur, latar belakang ekonomi, tahap pendidikan dan beberapa faktor lain lagi.
“Usaha bersepadu bagi rawatan dan pemulihan kepada klien juga disentuh dan diberi perhatian khusus disamping memperhalusi kertas kerja mengenai Pelan Komunikasi Dadah yang lebih komprehensif dan menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Lebih 150 syarikat India labur AS$3 bilion di Malaysia – Tengku Zafrul
Terdahulu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penyelarasan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di KDN Putrajaya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, menyedari perubahan trend pengedaran dan penyalahgunaan dadah, naratif baharu pelan berkenaan perlu dilihat semula.
Jelas beliau, tindakan itu mengambil kira kos yang minimum, namun memberikan kesan efektif yang tuntas kepada umum.
Ini kerana katanya, profil penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan terlarang untuk tempoh 2021 hingga 2023 bagi setiap negeri menunjukkan trend meningkat.
“Kerajaan mahu menggunakan pendekatan baharu dan tidak mahu lagi menggunakan tindakan konvensional.
“Kita perlu melihat langkah perundangan sedia ada bagi diperketatkan kerana masih terdapat kelompongan untuk proses penguatkuasaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

