Malaysia tandatangani MoU dalam bidang belia dan sukan dengan Kerajaan India

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang belia dan sukan dengan Kerajaan India.

Kementerian Belia dan Sukan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, MoU itu ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India.

Menurut KBS, Malaysia telah diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan manakala India telah diwakili Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT B.N Reddy.

“MoU berkenaan memberi penekanan ke atas kerjasama strategik antara kedua negara dalam bidang pembangunan belia dan sukan.

“Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan anti-doping,” jelas kenyataan tersebut.

KBS menambah, pemeteraian MoU selama lima tahun antara kedua-dua negara itu dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala
Malaysia dan India.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This