POLIS mengesahkan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Cheras pada pukul 10.25 pagi semalam tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta bertindak mengubah laluan.
Beliau berkata, kereta tersebut kemudian dilanggar anggota polis yang sedang menghala ke tempat tugas dengan menaiki motosikal.
“Pemandu kereta dan penunggang motosikal telah hadir ke balai polis bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan anggota polis trafik.
Menerusi video dapat dilihat pemandu kereta telah mengubah laluan ke lorong kiri sebelum dilanggar penunggang motosikal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

