KELUARGA kepada wanita yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India sudah menerima hakikat.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Arvend Applasamy ketika ditemui media di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya hari ini hadir bagi menyantuni keluarga mangsa dan memberikan sumbangan.
“Keluarga mangsa dalam keadaan sedih dan tidak mengharapkan apa-apa selain hanya untuk menatap wajah mangsa.
“Mereka juga sudah bersedia dalam sebarang situasi akan datang,” katanya.
Mengulas lanjut, lanjutan visa bagi keluarga mangsa telah dibenarkan selama sebulan bermula hari ini.
Katanya, pihak polis juga telah melantik kaunselor bagi menyantuni keluarga mangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

