90 peratus restoran 4Fingers kini mempunyai sijil halal

Dari Penulis

4Fingers Crispy Chicken Malaysia (4Fingers) mengumumkan pencapaian penting yang menyaksikan lebih 90 peratus restorannya di seluruh Malaysia memperoleh sijil halal.

Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers, Zarina Mohamad Saad dalam satu kenyataan berkata, sejak berada di pasaran Malaysia, pihak syarikat senantiasa mengutamakan penyediaan ayam secara halal dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan terutama yang beragama Islam.

“Sempena meraikan 10 tahun menyajikan ayam goreng rangup yang lazat kepada rakyat Malaysia, pencapaian memperoleh pensijilan halal JAKIM kekal sebagai teras misi kami. Kepatuhan kami kepada piawaian halal menunjukkan dedikasi terhadap keterangkuman dan kualiti yang tiada tandingan, memastikan produk memenuhi keperluan ketat ditetapkan JAKIM,” katanya.

Zarina berkata jenama itu bekerjasama rapat dengan bahagian hab halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan setiap elemen penyediaan makanan bermula dari segi penyumberan bahan sehingga memasak benar-benar mematuhi piawaian halal.

Pensijilan halal ini memastikan semua menu 4Fingers termasuk wingettes dan drumettes disediakan mengikut piawaian kebersihan dan berkualiti tertinggi sekali gus memberikan pelanggan keyakinan terhadap integriti serta keselamatan hidangan.

Menurut kenyataan itu, 4Fingers akan terus memperluas kehadirannya di seluruh Malaysia dengan dilengkapi sijil halal bertujuan merevolusikan hidangan dengan tawaran yang inovatif dan berkualiti tinggi.

Zarina berkata jenama itu juga terus komited bagi memberikan cita rasa yang memuaskan kepada pelanggan dengan hidangan baharu Ayam Rendang yang ditawarkan untuk masa terhad bersama pelbagai lagi menu menarik.

“Di 4Fingers, visi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman luar biasa sambil mengekalkan nilai teras kami iaitu kualiti dan kepercayaan.

“Kami sentiasa komited menyediakan ayam goreng rangup yang asli dan halal serta mengembangkan kehadiran kami di seluruh Malaysia dan setia menemani pelanggan setiap kali mengidamkan ayam goreng rangup kegemaran mereka,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This