SHM Shipcare tawar keselamatan dan ketenangan kepada industri marin, tidak kompromi soal kualiti

Dari Penulis

SHM Shipcare Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat terkemuka dalam industri perkhidmatan marin dan luar pesisir mahu mewujudkan ruang keselamatan, ketenangan dan keselesaan kepada industri marin.

Pengarah Eksekutif SHM (Malaysia), Datuk Huzefa Zainuddin berkata, usaha itu dijalankan melalui perkhidmatan jualan dan penyelenggaraan pelbagai rangkaian peralatan keselamatan maritim dan luar pesisir pantai kerana baginya, risiko keselamatan sangat tinggi ketika belayar.

“Misi utama SHM Shipcare ialah ‘safe seas, safe shores’ kerana nyawa manusia sangat bernilai dan harus dijaga dengan amanah, isu keselamatan harus menjadi fokus utama lebih-lebih lagi ketika belayar di tengah lautan.

“Apabila berlaku kecemasan, bantuan dari darat lambat sampai. Di sinilah barangan keselamatan sangat penting di mana ia mesti berfungsi dengan sempurna agar setiap nyawa dapat diselamatkan.

“Tugas utama kami ialah memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada mereka yang bekerja di atas kapal di mana kami tidak akan kompromi soal kualiti. Lebih-lebih lagi industri bergantung kepada nyawa manusia. Ini tanggungjawab utama kami kerana satu nyawa tidak boleh dibandingkan dengan nilai. Menjadi tugas kami untuk mendidik pelanggan untuk patuhi ‘international law safety’.

“Ini asas perniagaan kami di mana kami sangat mengambil berat soal keselamatan setiap individu. Kami sentiasa ‘standby’ 24 jam dan memberikan perkhidmatan dengan memastikan barangan keselamatan dalam kapal mematuhi peraturan antarabangsa setiap kali mereka tiba di pelabuhan,” katanya.

Ditubuhkan sejak 14 Jun 2014, Huzefa tidak menafikan cabaran yang di hadapi cukup besar sementelah dia terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi yang telah lama bertapak dalam industri.

“Kami mempunyai kepakaran penuh untuk keselamatan dalam marin di mana 80 peratus pekerja ialah bumiputera. Tidak dinafikan pada tiga tahun pertama, cabarannya cukup besar kerana tidak banyak pemain industri di kalangan syarikat bumiputera.

“Saya rasa sukar untuk bersaing kerana penerimaan dan banyak pemain industri dalam pasaran. Namun berbekalkan pengalaman kukuh dari India, Mesir, China dan Dubai kami berjaya tembusi pasaran. Kesimpulannya, setiap pekerja dalam SHM punya kepakaran dan dedikasi di mana mereka boleh ‘attend’ apa sahaja masalah berkaitan keselamatan dalam kapal. Sehingga hari ini, kami mempunyai lebih 150 portfolio pelanggan,” tambahnya lagi.

Bukan hanya membekalkan produk keselamatan, SHM Shipcare menyediakan ekosistem lengkap bagi membantu memberi peluang kepada rakyat Malaysia melibatkan diri dalam industri marin.

“Setakat ini kami menyediakan lebih 20 peralatan keselamatan berbeza. Dan SHM satu-satunya Syarikat dalam industri yang menyediakan ekosistem lengkap seperti membekal, perkhidmatan sokongan dan latihan industri.

“Industri marin mempunyai banyak ruang untuk diterokai dan saya mahu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyertai kami. Syaratnya mudah, perlu ada latar belakang teknikal,” tambahnya.

Bermain dengan angka jutaan ringgit, namun pemilik SHM Shipcare ini berpegang teguh kepada prinsip ‘rezeki yang berkat’. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola, dia akui kejayaan tidak akan diperoleh tanpa ujian.

“Saya bermula dengan bisnes karpet dan perabot. Dan perjalanan memulakan bisnes keselamatan industri marin ini datang selepas ditawarkan sahabat rapat dari India.

“Memang diakui ia bukan mudah kerana saya tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini, namun pengalaman menjalankan perniagaan sebelum ini banyak membantu.

“Bagi saya rezeki yang berkat sangat penting, memang sukar untuk mengekalkan prinsip itu di dalam bisnes namun saya yakin Allah yang memberi rezeki,” katanya mengakhiri perbualan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This