POLIS mengesahkan pemandu Honda Civic yang tular memandu melawan arus di Taman Industri Integrasi Rawang pada 7.50 pagi kelmarin telah hadir ke balai bagi memberi keterangan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 1 minit 33 saat itu pada pagi tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu Civic iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari Ijok ke Taman Industri Integrasi Rawang 2 dan telah memandu secara melawan arus
“Datang sebuah lori dari arah bertentangan dan berhenti di hadapan Civic namun pemandu sempat mengelak lori.
“Tiada kemalangan berlaku dan pemandu Civic telah hadir ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Daerah Gombak untuk memberi keterangan.
“Manakala pemandu lori masih belum hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

