Tanah jerlus: Suruhanjaya Tinggi India beri sokongan kepada keluarga mangsa

Dari Penulis

SURUHANJAYA Tinggi India di Kuala Lumpur sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan ketika usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita dari negara itu yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter memasuki hari keenam.

Suruhanjaya tinggi itu juga terus berhubung dengan keluarga wanita berkenaan untuk menawarkan sokongan berterusan.

“Pencarian masih diteruskan untuk mengesan warganegara India (Vijayaletchumy, 48,) yang terjatuh ke dalam lubang di Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Ogos,” menurut suruhanjaya tinggi itu dalam satu hantaran di platform X pada Rabu.

Menurut suruhanjaya tinggi, pasukan SAR sedang menganalisis dengan teliti laluan dan lokasi baharu yang mungkin dapat mengesan warga India yang hilang itu.

“Pihak berkuasa tempatan termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Indah Water Konsortium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kini disokong oleh Angkatan Pertahanan Awam dan pasukan saintifik khusus dengan peralatan canggih yang terlibat dalam pencarian,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Agong puas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Menurut hantaran itu, selepas ‘membersihkan’ sebahagian sistem saliran, pencarian dipertingkatkan dengan teknik khusus termasuk penggunaan pancutan air tekanan tinggi untuk mengalihkan halangan, kamera kawalan jauh dan radar menembusi tanah untuk memetakan kawasan yang sukar diakses.

Pada 23 Ogos, Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter yang disebabkan oleh tanah jerlus.

Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesannya kini memasuki hari keenam.

Mangsa yang berada di Malaysia bersama keluarganya untuk bercuti sedang melalui kawasan itu dalam perjalanan ke kuil berhampiran ketika kejadian berlaku.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This