Mangsa kepala air Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma disahkan lelaki tempatan 34 tahun

Dari Penulis

IDENTITI mangsa yang dipercayai dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di ibu negara, semalam, telah pun dikenal pasti.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam seperti dilapor Harian Metro Online, hari ini.

Menurut Sazalee, mangsa disahkan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

Beliau berkata, operasi pencarian mangsa diteruskan hari ini bermula dari lokasi insiden tersebut berlaku dan dilaksanakan sejauh mungkin bagi mengesan mangsa.

Setakat ini, Sazalee memberitahu, paras air sungai berketinggian hampir enam meter.

Baca artikel lain: SAR cari lelaki dihanyutkan kepala air berdepan cabaran cuaca tidak menentu

“Berdasarkan kejadian tular itu, mangsa cuba keluar dari keretanya dan menyelamatkan diri, namun air terlampau deras sebelum menghanyutkan dia.

“Kita masih berusaha mencari mangsa yang juga penyelia tapak projek bagi penambahbaikan Sungai Klang,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang semalam.

Sazalee dilaporkan berkata, ketika kejadian terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan di mana 12 daripada mereka dapat diselamatkan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, Bangladesh (empat), dan seorang tempatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This