Keupayaan kerajaan jaga kepentingan rakyat kayu ukur kehebatan sebuah kota – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kayu pengukur kehebatan sesebuah kota bergantung pada keupayaan kerajaan menyantuni dan menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan, tanpa mengira taraf dan status ekonomi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Suria MADANI di Taman Desa, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Tidak boleh bangunkan kota yang memisahkan…. Dulu saya tahu orang bangga, KL (Kuala Lumpur) ada Twin Tower (Menara Berkembar Petronas), tak ada masalah kalau ada wang, (boleh) buat.

Baca artikel lain: Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar – Fahmi

“Tetapi bagaimana puluhan ribu (rakyat) yang tak ada rumah, kawasan sesak, bagaimana bangunan seperti Seri Perlis ini yang dibangunkan 50 tahun dahulu, satu bilik satu tandas dan anak enam? Boleh kita biarkan begitu, hal-hal ini yang harus kita teliti,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah Residensi Suria Madani di Taman Desa di sini, pada Khamis.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This