JOHOR akan menjadi tumpuan para pemain dan peminat golf dari seluruh negara termasuk negara jiran apabila menganjurkan buat pertama kali Johor Golf Expo 2024 (JGE2024) yang akan berlangsung hampir dua bulan bermula dari 8 September sehingga 27 Oktober ini.
Sepanjang tempoh tersebut, lebih daripada 20 acara akan diadakan termasuk pertandingan golf profesional dan amatur, pertandingan foot golf dan acara untuk orang awam seperti lumba basikal lasak, mencari harta karun, lumba lari, memancing dan sebagainya.
Kebanyakan acara diadakan di Kelab Golf Senibong (sebelum ini Kelab Golf Poresia), Gelang Patah, dengan acara kemuncak ekpo akan diadakan selama tiga hari bermula 18 Oktober dan berlanjutan sehingga hujung September yang melibatkan kejohanan golf, pameran golf dan riadah, aktiviti rekreasi, seminar pengurusan turf dan kelab.
“Lebih 600 pemain golf amatur dan profesional akan berentap dalam beberapa acara pertandingan golf di samping orang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti yang akan diadakan sepanjang dua bulan,” kata Pengarah Urusan Champions Golf, Matthew A. Murry.
Champions Golf, dengan kerjasama KPRJ Sports Sdn Bhd (KSSB), adalah penganjur bersama JGE2024. Acara yang berprestij ini akan meningkatkan lagi reputasi Johor sebagai destinasi terkemuka sukan tersebut.

Matthew berkata, kejohanan yang menyasarkan pemain tempatan dan antarabangsa itu turut menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM14,000 bagi amatur, manakala RM40,000 buat pemain profesional.
“Penekanan kita untuk menjadikan sukan golf mudah diakses semua dengan misi Champions Golf mendemokrasikan sukan ini dan transformasi Kelab Golf Senibong menjadi kemudahan awam adalah manifestasi kami. JGE2024 adalah langkah penting ke arah matlamat ini.
“Champions Golf komited mengembangkan industri golf di Johor mahupun di seluruh Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran JGE2024 di pejabat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn. Bhd., Iskandar Puteri baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Datuk Lukman Abu Bakar, Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Setiausaha Kehormat MGA, Datuk Zulkifli Ismail dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pelancongan Golf Johor, Norlin Nor dan Pengurus Besar Kelab Golf Sanibong, Mohammed Ishak.
Menerusi sokongan KPRJ, syarikat itu berhasrat menarik pemain antarabangsa, meningkatkan tahap persaingan dan memperluaskan daya tarikan kejohanan dalam expo berkenaan.
Selain kejohanan golf, ekspo dengan kerjasama KPRJ Sports Sdn. Bhd. itu juga menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang dua bulan JGE2024 berlangsung bagi meningkatkan lagi Johor sebagai destinasi terkemuka sukan tersebut.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran para pemain golf dari seluruh Asia dan Timur Tengah untuk mencuba kehebatan bermain golf di Johor, sebuah negara yang kaya budaya dan hospitaliti,” tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Datuk Lukman Abu Bakar berkata, kerjasama itu juga adalah salah satu usaha ke arah meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi Johor.
Beliau berkata, KPRJ komited untuk memajukan pembangunan sukan di Johor dengan mempromosikan golf sebagai satu gaya hidup dna kerjasama dengan Champions Golf bukan sahaja mengangkat martabat sukan ini, malah merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelancongan di negeri ini.
“KPRJ adalah syarikat pembinaan terkenal yang dikenali ramai, tetapi kami juga mempunyai cabang sukan – KPRJ Sports Sdn Bhd – untuk memanfaatkan acara sukan.
“Terdapat kira-kira 25 lapangan golf di Johor dan kami berharap dapat meneroka pasaran golf Singapura untuk mengembangkan lagi portfolio kami,” jelasnya.
JGE2024 komited untuk meningkatkan kesedaran tentang sukan golf sambil turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Johor dengan lebih 70 pempamer, termasuk perniagaa
n tempatan akan mempamerkan inovasi terkini dalam produk golf, sukan dan rekreasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

