DUA lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam kejadian berhampiran RBI Jaya Canopy, Jalan Salor – Pasir Mas, di Kota Bharu, 5.40 petang semalam.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/6969
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kemalangan itu membabitkan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR berusia 28 tahun dan penunggang Honda Wave berumur 79 tahun.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati penunggang Yamaha Y15ZR dari arah Wakaf Che Yeh ke Kampung Pendek telah memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang ditunggang warga emas itu.
“Akibat daripada perlanggaran itu, kedua-dua mangsa bersama motosikal yang ditunggangi tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya nemetik laporan Buletin TV3.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mohd Rosdi berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas yang berkuat kuasa di Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

