TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke ISF

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Haji Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau pada 4 hingga 6 September ini.

PETRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Fadillah dijangka akan hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 dan 6 September ini atas jemputan Kerajaan Indonesia.

Jelas PETRA, kehadiran Fadillah ke forum itu bakal memperkukuh imej dan peranan Malaysia dalam agenda kelestarian dan kemampanan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam visi peralihan tenaga.

PETRA memaklumkan, ia juga menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda net zero menjelang 2050.

“Pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantau.

“Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out yang mana adalah penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024. 

“Ia turut menunjukkan ketersediaan Malaysia dalam melaksanakan peralihan secara lestari kepada para pelabur asing agar boleh meningkatkan keyakinan mereka untuk membuat pelaburan di Malaysia sekali gus mendorong para pelabur menyempurnakan agenda kemampanan dan matlamat Environmental, Social and Governance (ESG),” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Fadillah turut dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Koordinasi Bidang Kemaritiman dan Investasi Republik Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.

Dalam siri lawatan rasmi beliau ke Jakarta, Fadillah turut dijadualkan bertemu dengan diaspora Malaysia di Jakarta bagi berkongsi mengenai usaha dan inisiatif pembangunan terkini negara terutamanya dalam aspek peralihan tenaga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This