Lelaki ditetak terima 35 jahitan, suspek sudah ditahan – IPD Sentul

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga tempatan cedera selepas ditetak akibat perselisihan faham membabitkan halangan parkir di sebuah kawasan perumahan di Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang, di mana suspek berusia 27 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau.

“Polis menerima aduan dari seorang perempuan warga tempatan yang berumur 43 tahun berkenaan insiden anak saudaranya dipukul dan ditetak di bahagian kepala.

“Suspek bertindak menumbuk muka dan menetak kepala dan tangan anak saudara pengadu dengan menggunakan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan.

“Mangsa telah diberikan rawatan di Hospital Selayang dan menerima sebanyak 35 jahitan. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Pisau yang digunakan suspek untuk menetak seorang lelaki dalam kejadian perselisihan faham dikawasan parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Malaysia terajui peralihan tenaga bersih ASEAN pada 2025

Baca artikel lain:

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di laman media sosial X berhubung kejadian berkenaan.

Video rakaman orang awam itu memaparkan pergaduhan antara dua lelaki terbabit sebelum berakhir dengan salah seorang mereka cedera akibat diserang suspek menggunakan pisau.

Ahmad Sukarno berkata, dengan bantuan orang awam pihaknya kemudian berjaya menahan suspek di tempat kejadian.

Jelasnya, turut dirampas ketika tangkapan adalah sebilah pisau yang digunakan ketika kejadian, sebuah motokar Perodua Myvi dan segugus kunci.

“Suspek kini direman di IPD Sentul untuk membantu siasatan. Hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau kesalahan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah sehingga mendatangkan kecacatan kekal,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This