Co-opbank Pertama akan terbit sukuk bernilai RM5 bilion

Dari Penulis

CO-OPBANK Pertama (CBP) akan menerbitkan program Sukuk Berstruktur Terlindung bernilai RM5.0 bilion sebagai salah satu usaha untuk mempelbagaikan sumber pendanaan CBP bagi tujuan pembiayaan aset dan menyokong operasi keseluruhan CBP.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata penerbitan sukuk menjadi sebahagian daripada strategi CBP untuk memastikan kos kewangan yang stabil dan konsisten.

“Penerbitan sukuk ini masih dalam proses dan perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia CBP serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, CBP juga telah menerima penarafan FI Rating A3/ Stable/ P2 daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) yang mana secara tidak langsung dapat meyakinkan pelabur berpotensi terhadap kekuatan profil CBP dan seterusnya membuka peluang kepada CBP mendapatkan ‘Penarafan Penerbitan’ yang baik dari RAM Rating bagi proses penerbitan sukuk ini.

Khairil Anuar ketika mengulas mengenai pencapaian kewangan CBP tahun 2024 iaitu sehingga Julai 2024, 13 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan CBP adalah daripada pelaburan sukuk.

Pada 2022, pelaburan sukuk telah menyumbang sebanyak lapan peratus, manakala pada 2023 ia telah meningkat kepada 10 peratus dengan jumlah aset pelaburan bernilai RM1.5 bilion pada tahun tersebut.

CBP mengambil manfaat atas keupayaan instrumen sukuk iaitu telah menjadikan portfolio sukuk yang aktif sebagai aset pelaburan CBP dan sukuk akan dijadikan salah satu sumber pendanaan bagi pengembangan aset perniagaan CBP.

Selain itu, Khairil Anuar turut memaklumkan kadar dividen untuk syer biasa sebanyak 6.5 peratus dan syer keutamaan boleh tukar boleh tebus Islam (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 seperti yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang lepas.

Dalam mempromosikan CBP kepada masyarakat, Khairil Anuar berkata pihaknya turut mengadakan kempen tahunan ‘Hello CBP’ yang sedang berjalan sehingga 31 Dis, 2024 yang mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1.5 juta.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This