SEBUAH kereta remuk dihempap penghadang konkrit selepas sebuah lori melanggarnya dalam kejadian Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.03 petang itu.
“Susulan kemalangan itu, penghadang jalan telah terjatuh dan terkena sebuah kereta yang diparkir di bawah lebuhraya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Jelasnya, kejadian terbabit boleh dirujuk kepada pihak Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit telah hilang kawalan sebelum terbabas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

