Malaysia tak minat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan Russia – Anwar

Dari Penulis

MALAYSIA tidak berminat untuk menyebelahi Barat yang menentang Russia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik pada Jumaat.

Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata, Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu.

“Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Russia.

Baca artikel lain: Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan

“Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya berpihak? Jadi mereka mencipta potensi masalah ini kerana ia adalah satu sistem berlainan,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur.

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat.

Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Russia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This