SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Sistem Nama Domain (DNS).
Sebelum ini, MCMC mewajibkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia menghalakan semula DNS pihak ketiga ke pelayan DNS sendiri.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, arahan untuk tidak meneruskan pelaksanaan kaedah itu setelah mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC dan daripada khalayak umum.
Pada masa sama, beliau berkata, MCMC akan meneruskan siri libat urus bersama semua pemegang taruh.
Katanya, ia bagi memperoleh pandangan, cadangan dan saranan untuk memastikan objektif internet yang lebih selamat dapat dicapai.
“Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Baca artikel lain: Sebaran poster palsu: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan buat laporan MCMC
Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh.
— Fahmi Fadzil ?? (@fahmi_fadzil) September 8, 2024
Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat…
“Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agar tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan DNS,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini.
Semalam, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata arahan terhadap penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri tidak akan menjejaskan, mengganggu atau menyekat pengguna daripada melayari laman web yang sah.
Beliau berkata laman web yang terkesan dengan tindakan itu ialah laman web yang menyalahi undang-undang Malaysia, menyebabkan sekatan dikenakan supaya tidak dapat diakses rakyat Malaysia.
“Laman web yang tidak mempunyai kandungan yang berbahaya, tidak mempunyai sebarang isu, masih boleh diakses seperti biasa. Pelaksanaan arahan ini bertujuan melindungi pengguna daripada akses kepada laman web yang memiliki kandungan dalam talian berbahaya,” katanya pada sesi penerangan isu sekatan DNS di Cyberjaya, semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

