Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen lima tahun.

Perkara itu ditegaskan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menerusi sidang media mingguannya hari ini.

“Tentang pilihan raya umum yang awal, pada waktu ini tidak ada perbincangan mengenai sebarang usaha untuk mengadakan pilihan raya umum awal,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan bahawa sekatan akses terhadap sistem MyKhas yang dikenakan ke atas beberapa Ahli Parlimen berkemungkinan berpunca daripada faktor tertentu dan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sekatan hanya membabitkan akses kepada peruntukan di bawah sistem MyKhas dan tidak menjejaskan hak atau elaun lain yang diterima wakil rakyat melalui Parlimen.

“Ia merujuk kepada peruntukan MyKhas dan tidak menyentuh hak atau pun elaun dan apa-apa aspek lain yang diberikan kepada seorang wakil rakyat melalui Parlimen.

“Oleh itu, sudah pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang mengakibatkan sekatan ini dikenakan kepada mereka,” katanya.

Namun begitu, beliau memaklumkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sudah menjelaskan bahawa penduduk di kawasan Parlimen terbabit masih boleh mengemukakan permohonan seperti biasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This