Program Cita Rasa Malaysia di UAE beri peluang PMKS pasarkan produk

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROGRAM Cita Rasa Malaysia yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memperkenal serta memasarkan produk di luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, UAE merupakan negara yang terpilih bagi pelancaran program yang dianjurkan di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 dengan kerjasama LuLu Group Retail Malaysia.

Menurut Armizan, kerjasama erat dengan pasar raya besar asing dalam Malaysia iaitu LuLu Hypermarket dilibatkan bagi tujuan mempromosikan produk PMKS tempatan.

“Sebelum program ini dilancarkan sebanyak 241 unit penyimpanan tempatan (SKU) barangan buatan Malaysia di bawah promosi KPDN yang memasuki rangkaian LuLu Hypermarket di seluruh UAE dengan nilai jualan sebanyak RM30 juta pada tahun 2023.

“Ia terdiri daripada 30 buah syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk segar, makanan dan produk penjagaan diri.

“Dalam usaha meluaskan pasaran produk PMKS tempatan ke pasaran UAE, sebanyak 44 SKU tambahan dibawa masuk daripada 16 buah syarikat yang terpilih,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ketika melancarkan program Cita Rasa Malaysia 2024 di LuLu Hypermarket, Dubai, UAE.

Baca artikel lain: KPDN rampas lebih 10,000 kg minyak paket dibotol semula 

Bersempena pelancaran program Cita Rasa Malaysia 2024, pihak LuLu Group Retail Malaysia telah memberi penghargaan kepada syarikat lima teratas berdasarkan jualan produk buatan Malaysia di rangkaian Pasar Raya LuLu di UAE.

Syarikat tersebut ialah Kawan Food Berhad; Carepro PLT; Chocofac (M) Sdn Bhd; Sydney Cakehouse Sdn Bhd dan Hwa Tai Industries Berhad meliputi barangan makanan serta minuman dan produk penjagaan diri.

Berdasarkan trend nilai eksport makanan proses dari Malaysia yang semakin meningkat sehingga hampir mencecah RM600 juta di UAE tahun lalu, dilihat PMKS Malaysia semakin bersedia memasuki dan bersaing di pasaran global.

Bagi tahun 2024, KPDN akan meneruskan kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar bagi tujuan penyenaraian barangan Malaysia ke pasaran luar negara selain UAE iaitu Thailand, Jepun dan China.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This