PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan kepada ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang baharu supaya memastikan segala kepentingan negara sentiasa dipelihara dan diperjuang.
Nasihat itu disampaikan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat enam ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang baharu itu pagi tadi.
Enam ketua perwakilan diplomatik tersebut adalah Pesuruhjaya Tinggi ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan; Duta Besar ke Sweden, Sarimah Akbar; Duta Besar ke Qatar, Faizal @ Mohd Faizal Razali; Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Duta Besar ke Peru, Ahmad Irham Ikmal Hisham dan Pesuruhjaya Tinggi ke Bangladesh, Mohd Shuhada Othman.
Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau turut menekankan fokus Kerajaan MADANI untuk terus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya, ia menerusi manfaat perdagangan dan pelaburan luar berkualiti tinggi.
Baca artikel lain: PM ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
“Kesemua ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang baharu itu menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos lalu dan bakal menggalas amanah baharu di negara-negara penempatan kelak.
“Justeru, adalah sangat penting untuk semua perwakilan diplomatik Malaysia mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menyusul, meneroka serta menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan atas pelantikan ini dan semoga mereka menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh tekad dan keazaman,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

