Logo Jabatan Pertanian disalah guna perdaya syarikat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LOGO Jabatan Pertanian telah disalahgunakan bagi tujuan memperdaya syarikat untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan melibatkan permohonan Pesanan Kerajaan.

Jabatan Pertanian dalam kenyataan memaklumkan telah menerima aduan berkaitan kes penipuan Pesanan Kerajaan itu yang dilakukan pihak tertentu.

Menurut Jabatan Pertanian, taktik licik pihak tertentu itu telah menyebabkan syarikat pembekal telah terpedaya dan mengalami kerugian.

Katanya, ia kerana tiada sebarang permohonan bekalan dan perkhidmatan yang sebenarnya dibuat oleh Jabatan Pertanian.

“Jabatan Pertanian memandang serius terhadap isu yang berlaku di mana ia boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap jabatan serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Baca artikel lain: Sebaran poster palsu: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan buat laporan MCMC

“Oleh itu, jabatan ingin menasihatkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan agar menggunakan Sistem e-Perolehan dan iGFMAS bagi setiap permohonan bekalan dan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pertanian turut mengingatkan pihak-pihak yang terlibat terutama syarikat pembekal supaya menghubungi jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan kes penipuan yang sama daripada berulang.

“Jabatan Pertanian amat mengalu-alukan sekiranya kenyataan penafian ini disebar luaskan kepada semua yang terlibat demi menjaga kewibawaan jabatan kerajaan khasnya Jabatan Pertanian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This