“Saya bukan ustaz” – Sabri Yunus enggan ambil risiko dijadikan ‘tempat’ rujukan mengenai Islam

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGARAH dan pelakon Sabri Yunus mendedahkan dirinya tidak pernah bercakap mengenai Islam sepanjang perkenalannya bersama isteri, Angeline Tan.

Sabri atau Muhammad Sabri Yunus,61, berkata, hanya setelah dia memberanikan diri untuk menjadi suami kepada aktres itu, dia mula bercerita tentang keindahan Islam.

“Selama berpuluh tahun saya hidup, saya tak berani cakap (tentang Islam) apa pun kerana ia perkara sensitif. 

“Saya sangat berjaga mengenai perkara itu. Dengan dia saya memang jaga adab walaupun saya sebenarnya suka bergurau dan mulut celupar.

“Selepas menawarkan diri untuk menjadi suami dia, masa itulah baru saya berani bercerita mengenai Islam. Apabila bercerita tentang Islam, dia pun mula bertanya macam-macam,” katanya kepada URTV.

Justeru, Sabri yang juga seorang pelawak kerap membuat kajian bagi mencari ilmu tentang Islam selain merujuk dengan adiknya yang merupakan seorang ustaz.

“Saya kena rajin cari ilmu. Saya hubungi adik saya, seorang ustaz di kampung.

“Selain itu, saya tengok juga di YouTube dan pilih bahan yang mana sesuai untuk dia,” jelasnya.

Sabri berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program TV AlHijrah, Angeline Tanya Abang Jawab di ibu negara.

Pada masa sama, Sabri akui berdepan cabaran untuk memastikan jawapan yang diberikan kepada isterinya itu tepat dan mudah difahami.

“Soalan dia adakalanya sangat mencabar. Ia kena ada dalil dan logiknya. 

“Contohnya, dia tanya kenapa buat begini? Saya tak boleh jawab Tuhan suruh. Nanti dia kata kenapa Tuhan (sebelum peluk agama Islam) dia tak suruh.

“Jadi saya cari satu kaedah lain. Pertama, saya perkenalkan dia tentang konsep ketuhanan dalam Islam. Saya ceritakan tentang keindahan Islam,” jelasnya.

Sementara itu, Sabri menolak jika dirinya dijadikan tempat rujukan mengenai Islam selain enggan menjawab pertanyaan daripada netizen.

“Sebagai suami saya kena jawab pertanyaan isteri. Tapi saya tak bersedia untuk jawab pertanyaan orang lain kerana saya bukan ustaz. Kepada orang lain bolehlah terus bertanya kepada ustaz.

“Kecuali kawan-kawan terdekat nak tanya, saya cuba. Saya bukan ustaz. Jadi hal-hal begini kena hati-hati. Saya tak berani ambil risiko dan tak nak nanti orang kata ‘kau pun nak jadi ustaz’,” katanya.

Program Angeline Tanya Abang Jawab bakal bersiaran selama 13 episod, bermula 18 September ini, setiap Rabu, jam 8.30 malam di TV AlHijrah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This