Veterinar nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye

Dari Penulis

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) nafi mengeluarkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi produk makanan laut yang dieksport ke Turkiye.

Ia susulan pemakluman daripada pihak berkuasa Turkiye kepada jabatan itu mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.

“Perlu dijelaskan bahawa peruntukan kuasa di bawah Akta Binatang 1953 tidak merangkumi produk makanan laut. Oleh itu, DVS tidak mengeluarkan SKV bagi produk ini dan adalah menjadi tanggungjawab pengeksport untuk mendapatkan sijil kesihatan daripada pihak berkuasa berkaitan,” menurut DVS dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kestabilan Kerajaan MADANI tergugat

Memandang serius perkara itu, DVS menjelaskan pemalsuan dokumen SKV boleh memberi implikasi negatif kepada reputasi jabatan, negara dan hubungan dagangan antarabangsa serta menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan cap jabatan.

Mana-mana individu yang melakukan pemalsuan atau membuat dokumen palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 463 atau 464 Kanun Keseksaan (Akta 574).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This