Dua penarik kereta ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Dari Penulis

DUA sahabat yang juga penarik kereta ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta dekat Jalan Persiaran 9 Taman Ampang Saujana, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta pada pukul 6.17 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta mendapati enjin dalam keadaan hidup dan empat pintu serta cermin dalam keadaan tertutup.

“Sebaik pintu dibuka pemandu dan penumpang dibuka, didapati dua lelaki dalam keadaan mulut berbuih.

“Pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua lelaki tidak mempunyai sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mayat dua lelaki berusia 30-an itu telah dibawa ke Hospital Ampang bagi bedah siasat.

Mohd Azam berkata, setakat ini tiada sebarang elemen jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This