Dakwaan Hadi pemimpin Melayu PH lemah: “Biarlah dia seorang sahaja yang kuat” – jawab Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di Kajang hari ini, Anwar dalam jawapan ringkas secara sinis berkata, “Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat”.

Anwar berkata demikian ketika ditanya reaksi beliau terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu pada Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh yang turut mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘naik kepala.’

Semalam, Abdul Hadi dikatakan turut mendakwa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu mengawal rakan pimpinan bukan Islam.

Presiden PAS itu mendakwa kebanyakan parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah berpandukan kepada Melayu dan Islam namun masih gagal untuk mempertahan perkara yang melibatkan kesucian agama Islam daripada dicampuri oleh masyarakat bukan Islam termasuk isu pensijilan halal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This