PAS dijangka pinda perlembagaan, libatkan keahlian bukan Islam – Mursyidul Am

Dari Penulis

PAS dijangka membuat beberapa pindaan perlembagaan antaranya melibatkan keahlian individu bukan Islam menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu, pada Muktamar PAS ke-70.

Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata perkara berkenaan akan dibentangkan esok, sebelum dibahas dan diluluskan dalam muktamar itu.

“Pindaan perlembagaan dibuat beberapa perkara…perkara pokok ialah orang bukan Islam minta jadi ahli biasa sedangkan PAS hanya orang Islam boleh jadi ahli, sebab itu kita ada DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS)…nak pinda itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali ke-63, di Kompleks Imam Syafie’ Kampung Temin di Jerantut hari ini yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yahaya.

Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-70 bermula Rabu, dengan acara kemuncak pada esok dan Ahad di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh.

Sementara itu, Hashim menzahirkan agar Dewan Ulama menunjukkan dan menjadi contoh yang baik kepada ahli PAS yang lain dalam aspek perpaduan.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This