POLIS kini memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada pihak hospital pada pukul 3.56 petang.
Beliau berkata, pengadu memaklumkan seorang banduan lelaki yang dikenali sebagai A. Kalai Kumar, 27, telah tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.
“Banduan terbabit mempunyai rekod empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan narkotik.
“Bandua terbabit berketinggian 169 sentimeter, berat 70 kilogram dan bertatu di dada dengan lambang mahkota, katanya dalam satu kenyataan.
Polis kini sedang giat menjejaki banduan terbabit dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram