SELANGOR membuka kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan berjaya mencuri satu mata doi tempat lawan apabila menewaskan mengikat Muangthong United 1-1 dalam perlawanan di Stadium Rajamangala, sebentar tadi..
Muangthong selaku tuan rumah masih belum kalah dalam empat perlawanan Thai League 1, manakala Selangor pula segar daripada kejayaan membelasah Kuching City 4-0.
Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes menjadi sandaran Ketua Jurulatih Nidzam Jamil untuk merobek gawang The Kirins. Manakala Poramet Arjvirai pula menjadi sandaran Gino Lettieri memburu gol tuan rumah.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pendahuluan sebaik wisel perlawanan ditiup.
Selangor hampir memecah kebuntuan menerusi Ali pada minit ke-12 apabila berjaya merampas bola daripada Abbosjon Otakhonov. Bekas penyerang Al-Shamal itu hampa apabila percubaanya berjaya ditepis Kittipong.
Poramet pula hampir menembusi gawang Merah Kuning pada minit ke-42. Malangnya, sepakan derasnya berjaya dinafikan penjaga gol skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Azim Al Amin Kamaruddin.
Bersambung di separuh masa kedua, Nidzam memasukkan Yohandry Orozco bagi menambah kreativiti di bahagian serangan, manakala Lettieri pula memasukkan Emil Roback untuk menambah sengat serangan Muangthong.
Kemasukan Orozco memberi impak segera buat Selangor apabila hantarannya pantas disempurnakan Fernandez pada minit ke-47.
Tersentak, The Kirins berusaha menggandakan asakan untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Mereka bernasib baik tidak dibolosi buat kali kedua apabila Kittipong menafikan sepakan deras Fortes pada minit ke-50.
Tatkala Selangor ghairah mencari gol kedua, Purachet Thodsanit menyamakan kedudukan buat Muangthong pada minit ke-54. Meskipun percubaan awal Poramet dinafikan atas garisan oleh Safuwan Baharudin, percubaan susulan Purachet akhirnya menerjah jaring.
Selangor dan Muangthong terus berusaha mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul satu mata.
Selepas ini, Muangthong bakal menentang Chiangrai United dalam aksi terbaru Thai League 1 pada 23 September. Manakala Selangor pula menentang Terengganu FC pada 28 September.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

