Alif Teega mengaku tak bersalah guna dana awam berjumlah RM63,605.48

Dari Penulis

PEMPENGARUH Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam berjumlah RM63,605.48 menerusi dua program infaq pada April dan Jun lalu.

Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya mohon bicara,” katanya ringkas.

Alif yang memakai baju kemeja petak ditemani isterinya, Aisyah Hijanah dilihat tenang ketika berada di kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari, pada 26 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pempengaruh itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan JOM! SERTAI INFAQ DAGING QURBAN di bank yang sama pada 15 Jun lalu.

Pempengaruh Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani,30, yang hadir bersama isterinya, Aisyah Hijanah didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan dana awam berjumlah RM63,605.48 menerusi dua program infaq pada april dan jun lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat dan denda.

Semasa prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala Alif diwakili peguam Mohd. Shahrullah Khan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu pertama siti setiap bulan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapka 21 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman ialah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This