Sarawak ambil alih Affin Bank, pengumuman rasmi minggu depan

Dari Penulis

AFFIN Bank Berhad menjadi milik Sarawak selepas Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pegangan majoriti kerajaan Sarawak dalam institusi perbankan berkenaan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata kelulusan diberi bank pusat itu selepas beberapa siri rundingan dijalankan.

Beliau berkata, pengumuman rasmi berhubung pengambilalihan Affin Bank akan dibuat minggu depan.

“Semua urusan sudah selesai dan Bank Negara memberi kebenaran kerajaan Sarawak mengambil alih bank itu.

“Saya tidak mahu membuat pengumuman rasmi (hari ini) kerana saya tidak mahu orang ramai berebut membeli saham bank,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 Rumah Panjang Entrie Lengkoi, Ulu Paku di Betong, hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak pernah memiliki beberapa bank komersial namun hilang pegangan apabila diambil alih oleh bank dari Semenanjung.

“Kini tiba masanya untuk Sarawak memiliki semula bank komersial sendiri, sekali gus menepati sasaran untuk menjadi pemain dominan dalam sektor perbankan Malaysia,” katanya.

Julai lalu, Abang Johari berkata, Sarawak akan meningkatkan pegangan blok saham dalam Affin Bank kepada kira-kira 30 peratus daripada 4.8 peratus.

Ketika ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah pemegang saham terbesar Affin Bank dengan 28 peratus kepentingan, diikuti oleh Bank of East Asia Ltd, dengan lebih 23 peratus dan Boustead Holdings Bhd milik penuh LTAT dengan kira-kira 20 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan dibangkitkan terhadap projek Battersea Power Station tidak berasas

DUA laporan forensik yang dikemukakan berhubung dakwaan penilaian harga tidak munasabah (overvaluation) dalam projek Battersea Power Station merumuskan bahawa...

More Articles Like This