Jabatan Mufti Kelantan bincang isu GISBH bulan depan

Dari Penulis

JABATAN Mufti Negeri Kelantan akan membincangkan isu melibatkan ajaran yang dipercayai diamalkan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) dalam mesyuarat fatwa bulan depan. 

Memetik laporan Sinar Harian Online, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memaklumkan, buat masa ini, Jabatan Mufti Negeri Kelantan belum memutuskan sebarang fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran yang diikuti GISBH. 

Menurut Mohamad Shukri, pihaknya masih dalam proses mengumpul bukti dan elemen baharu yang boleh mensabitkan GISBH adalah kumpulan ajaran sesat. 

“Umum semua tahu bahawa GISBH didakwa mempunyai rangkaian dengan Al-Arqam yang sudah difatwakan sesat tetapi kita tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang fatwa berkaitan ajaran dan ikutan mereka.

“Kalau kita kata GISBH sesat, apa buktinya? Perlu cari elemen berkaitan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, kes eksploitasi kanak-kanak yang didakwa dilakukan GISBH itu tiada kaitan dengan fatwa. 

Sebaliknya, kata beliau, perkara tersebut membabitkan undang-undang sedia ada. 

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat yang dibawa kumpulan tertentu. 

Sebelum ini, Perlis memfatwakan kepercayaan dan ajaran dibawa GISBH mempunyai unsur kesesatan sekali gus menjadi negeri pertama mengisytiharkan organisasi itu sebagai kumpulan ajaran sesat. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This