PAMERAN dan Persidangan Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) dan Minyak dan Gas Asia (OGA) 2024 menjadi satu platform untuk menyatu-padukan pemain-pemain industri.
Presiden Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSC), Syed Saggaf Syed Ahmad berkata, beliau berharap program tersebut dapat menghantar mesej yang jelas kepada semua mengenai kepentingan pemain-pemain industri berkenaan dalam membina negara.
Jelas beliau, hal itu dapat dilihat apabila PETRONAS memperoleh kejayaan menyiapkan 18 projek dengan tempoh masa 130 jam waktu bekerja.
“Daripada 130 juta jam itu, 70 peratus datang daripada pemain industri seperti kita ini. Jadi kepentingan kita itu sangat jelas.

“Kita juga mahu membina solidariti dan kesatuan dengan semua pemain industri supaya bersama-sama jaga industri ini dan tiada satu pun ketinggalan,” katanya kepada UtusanTV.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di MOGSEC & OGA 2024 yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Saggaf berkata, beliau menjangkakan lebih 30,000 pengunjung akan hadir ke pameran yang berlangsung tiga hari itu.
Jelas beliau, sebanyak 50 syarikat yang menjadi pempamer dalam MOGSEC & OGA 2024 itu.

Bertemakan Resilient, Competitive, Sustainable, Syed Saggaf berkata, ia bertujuan pemain-pemain industri tempatan mempunyai keupayaan untuk kekal bersaing dalam industri minyak serba mencabar ini.
“Banyak cabaran baru. Kita nak industri ini terus berkembang maju dan terus bersaing bukan saja dalam Malaysia tapi di luar negara.
“Paling penting kita nak pemain industri boleh jadi mampan. Hal itu kerana sekarang kita ke arah sustainable agenda dan ke kelestarian dan kemampanan ekonomi. Selari dengan aspirasi kerajaan untuk mendapatkan net carbon zero 2050,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

