BUKAN sahaja tidak pernah membayar cukai perniagaan tetapi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn Bhd juga dilapor tidak pernah membuat sebarang pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Perkara itu disahkan Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun seperti dilapor Sinar Harian Online.
Menurut Muhd Fikri, tiada rekod pembayaran zakat diterima daripada GISBH termasuk 20 anak syarikat di bawahnya.
“Saya boleh sahkan selepas semakan dibuat, GISBH termasuk anak-anak syarikat tersenarai di bawahnya tidak pernah membayar sebarang zakat di LZS.
“Kita tidak dapat membuat anggaran jumlah zakat yang perlu dibayar memandangkan LZS tiada maklumat aset dan liabiliti syarikat tersebut untuk membuat kiraan,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhd Fikri memberitahu, LZS sentiasa memberikan dakwah kutipan termasuk ke syarikat yang berada di bawah GISBH.
Baca artikel lain: Wanita warga Australia antara empat isteri, tiga anak pemimpin tertinggi GISBH direman tujuh hari
Beliau berkata, di bawah peraturan zakat dan fitrah, Enakmen Jenayah Syariah seseorang individu yang dengan sengaja atau tidak membayar zakat ke LZS boleh dijatuhkan tiga tahun penjara atau RM5,000.
“Dakwah LZS pergi ke merata tempat dan tidak terkecuali pergi ke syarikat di bawah GISBH untuk menjalankan dakwah kutipan.
“Cuma setakat ini masih tiada zakat yang diterima daripada syarikat tersebut,” katanya.
Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati rangkaian GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan perniagaan mereka.
Maklumat tersebut diperoleh berdasarkan kerjasama antara PDRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dan jumlah kutipan cukai gagal dijelaskan oleh GISBH.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

