Wanita warga Australia antara empat isteri, tiga anak pemimpin tertinggi GISBH direman tujuh hari

Dari Penulis

SEORANG wanita warga Australia merupakan antara empat isteri dan tiga anak pemimpin tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman selama tujuh hari sehingga 4 Oktober ini.

Memetik laporan Sinar Harian Online, kesemua individu berusia antara 18 hingga 55 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Tujuh individu tersebut tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam kira-kira pukul 9.30 pagi dengan dikawal ketat beberapa anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Perintah reman terhadap enam wanita dan seorang lelaki itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Terdahulu, peguam Rosli Kamaruddin memaklumkan kesemua individu berkenaan telah ditahan kira-kira pukul 9 malam di sebuah kediaman dekat Rawang, semalam.

Mereka dibawa untuk ditahan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Baca artikel lain: Kerajaan pastikan siasatan terhadap GISBH telus – PM

Rabu lalu, seramai 24 individu termasuk pimpinan utama GISBH melibatkan ketua pegawai eksekutif dan isteri disambung reman selama empat hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali dan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan berkenaan dibuat pihak polis.

Selain itu, 22 suspek lain merupakan antara barisan kepimpinan pengurusan syarikat turut sama dikenakan perintah reman berkenaan.

Kesemua 24 individu terbabit dianggarkan berusia 25 hingga 65 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 19 September lalu.

Kesemua mereka diwakili Peguam, Rosli Kamaruddin.

Seramai lebih 300 individu telah diberkas manakala 572 kanak-kanak di rumah jagaan didakwa milik GISBH telah diserbu polis menerusi Op Global sejak 11 September lalu.

Sebanyak 35 kertas siasatan dibuka dan 138 akaun bank mengandungi RM882,795 milik GISBH dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Masa kian suntuk, siapa pilihan pengundi?

KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 27 Jun lalu kini telah...

More Articles Like This