Kerajaan pastikan siasatan terhadap GISBH telus – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan terus memastikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan siasatan terkait kegiatan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn Bhd dengan telus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia termasuk memastikan 542 orang kanak-kanak di bawah 18 tahun yang diselamatkan sebelum ini ditempatkan di penempatan perlindungan sementara.

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut dipastikan diberi akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan bagi suatu tempoh sehingga selesai siasatan oleh PDRM, jabatan agama islam serta majlis agama negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap GISBH.

“Mohon kepada ahli dan para pendukung di dalam dan luar negara yang bukan di bawah siasatan untuk menghubungi pihak berkausa bagi meluruskan segala permasalahan yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Krisis nasab: Kanak-kanak GISBH berdepan risiko diisytihar anak wati’ syubhah

Sebelum ini, Anwar berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam menyelesaikan isu kontroversi membabitkan rumah amal syarikat GISBH.

Katanya, sekiranya tindakan tidak diambil ke atas kumpulan itu ia ibarat beliau gagal sebagai seorang pemimpin.

Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 September lalu terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu dikaitkan dengan GISBH.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This