MALAYSIA telah berjaya dilantik semula sebagai ahli Lembaga Pengelola Organisasi Institusi Audit Tertinggi Asia (ASOSAI) bagi penggal 2024 hingga 2027.
Perkara itu dimaklumkan Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wisma Putra, sesi pemilihan itu telah diadakan semasa Perhimpunan ASOSAI ke-16 yang berlangsung di New Delhi, India, semalam.
Katanya, Malaysia telah berjaya memperoleh satu kerusi ahli Lembaga Pengelola ASOSAI daripada jumlah tujuh kerusi yang dipertandingkan.
Baca artikel lain: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan alat kelui di Lubnan – Wisma Putra
“Malaysia meraih undian tertinggi iaitu sebanyak 34 undia daripada keseluruhan 48 ahli ASOSAI.
“Negara lain yang telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengelola ASOSAI bagi penggal yang sama adalah Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Azerbaijan, Kazakhstan, Pakistan dan Filipina,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
ASOSAI bertujuan menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara negara anggota dalam bidang pengauditan sektor awam.
Sebagai anggota pengasas ASOSAI, Malaysia terus komited meningkatkan kualiti dan impak dalam bidang pengauditan sektor awam.
Malaysia diwakili Jabatan Audit Negara dalam ASOSAI.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

