PEMUDA Barisan Nasional (BN) membidas pandangan Pemuda Amanah yang terus menuntut penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor selepas kejayaan besar calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Setiausahanya, Hafiz Ariffin berkata, ramai rakan-rakan BN di Johor merasakan kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda agak tergesa-gesa ketika calon BN baharu sahaja diumumkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.
“Saudara Hasbie seperti lebih lajak dari laju. Tidak sampai 24 jam selesai PRK Mahkota, terus ada tuntutan berkenaan perkongsian kuasa.” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya hari ini.
Dalam PRK Mahkota semalam, calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah yang dibantu oleh jentera Pakatan Harapan ketika berkempen berjaya menumbangkan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya sebelum ini.
Atas faktor tersebut, Amanah telah mencadangkan agar BN menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persektuuan bagi mengekalkan momentum perpaduan dan sokongan rakyat.
Hafiz yang mengulas mengenai cadangan tersebut berkata, tuntutan seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana jentera BN juga pernah membantu calon Amanah di Pulai dan Simpang Jeram sebelum ini sehingga memberikan kemenangan kepada mereka.
“Tiada apa-apa tuntutan pun dibuat selepas memenangkan Amanah. Jangan nanti orang lihat dan merasakan ada sifat “gelojoh” dalam hasrat yang diajukan,” katanya.
Beliau berkta, faktor yang lebih penting ketika ini adalah hubungan antara kerajaan negeri dan pusat dna juga mewujdkan ruang bicara dan kerjasama antara kedua-dua parti dalam kerajaan.
j”Itu yang patut diutamakan. Benarkan kelebihan menang di Mahkota itu dinikmati oleh rakyat, bukan tuntutan kuasa oleh pimpinan parti yang menang,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

