Keuntungan bersih Astro melonjak 132 peratus

Dari Penulis

KEUNTUNGAN bersih Astro Malaysia Holdings Bhd melonjak sebanyak 132.3 peratus kepada RM54.71 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2024 berbanding RM23.65 juta yang direkodkan pada tahun sebelum ini.

Astro berkata peningkatan itu disebabkan oleh kos pembiayaan bersih yang agak minimum, didorong oleh pertukaran asing tidak direalisasi yang menggalakkan yang timbul daripada liabiliti pajakan tidak dilindungi dan pelunasan aset tidak ketara yang lebih rendah.

Bagaimanapun, perolehan merosot sebanyak 6.0 peratus kepada RM787.30 juta daripada suku yang sama sebanyak RM837.37 juta berikutan pengurangan dalam hasil langganan dan pengiklanan. “Pendapatan bagi segmen televisyen pada suku semasa adalah berjumlah RM752.7 juta, turun 5.2 peratus berbanding suku yang sama susulan hasil daripada penurunan dalam pendapatan langganan serta pendapatan pengiklanan,” katanya dalam satu makluman kepada bursa.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Julai 2024, Astro mencatatkan keuntungan bersih RM71.72 juta, manakala hasil turun 7.9 peratus kepada RM1.56 bilion.

Melangkah ke hadapan, Astro kekal berwaspada dalam memantau keadaan ekonomi tempatan disebabkan sentimen pelanggan yang agak lemah selain faktor geopolitik yang terus menjejaskan industri. “Pengukuhan berterusan ringgit akan membantu mengurangkan beberapa tekanan kos yang berasaskan dolar US dalam jangka sederhana,” katanya.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This