BAM umum bilangan pemain skuad kebangsaan berkurang dari 50 kepada 34 orang

Dari Penulis

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan bilangan pemain senior dalam skuad badminton kebangsaan kini hanya berjumlah 34 orang berbanding 50 orang sebelum ini.

Jumlah itu berkurangan selepas melalui proses saringan cukup teliti hasil daripada perbincangan yang dilakukan antara BAM dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih menjadi tunjang utama pasukan tersebut di samping pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong serta bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao.

“Proses pemilihan yang melibatkan perbincangan terperinci itu bertujuan membina semangat yang kukuh dan skuad kompetitif untuk tahun akan datang.

“Selain Pearly Tan dan M. Thinaah, skuad beregu wanita lain akan menjalani penilaian oleh ketua jurulatih baharu jabatan itu nanti,” kata BAM dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, BAM mengesahkan 13 pemain digugurkan dari skuad senior kebangsaan.

Mereka adalah Anna Cheong Ching Yik, Low Yeen Yuan (beregu wanita), Siti Nurshuhaini Azman, Ung Yi Xing (perseorangan wanita), Chua Kim Sheng, Ong Zhen Yi, Kok Jing Hong, Jan Jireh Lee Zhi Ming (perseorangan lelaki), Rayner Beh Chun Meng, Choi Jian Sheng (beregu lelaki), Jeremy Juan Zhen Liang, Poopathi Velayutham dan Lai Ting Cen (beregu campuran).

“BAM mengiktiraf dedikasi dan sumbangan mereka kepada sukan dan negara. Mereka mewakili Malaysia dengan penuh semangat dan komitmen.

“Persatuan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti yang diberikan oleh atlet-atlet ini dan mendoakan agar mereka terus berjaya dalam usaha masa hadapan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This