Operasi pencarian Sabari diteruskan, masih tiada petunjuk

Dari Penulis

OPERASI pencarian jasad pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, diteruskan buat hari ketiga hari ini.

Pencarian yang dilakukan di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jitra itu bermula pada pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat pukul 11 pagi tadi, masih tiada petunjuk positif diperoleh di lokasi pencarian.

Operasi berkenaan disertai Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban di Pulau Pinang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu.

Radius pencarian difahamkan diperluas sehingga 13 kilometer sepanjang Sungai Padang Terap bermula Jambatan Lubuk Batu hingga Jambatan Kepala Batas dekat Jitra.

Sebelum ini, kehilangan Sabari sejak 4 September lalu akhirnya terungkai selepas lelaki itu disahkan dibunuh dan mayatnya dicampak ke Sungai Padang Terap, Jitra.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, misteri kehilangan Sabari terjawab selepas pihaknya berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tersebut, Jumaat lalu.

Baca artikel lain: Operasi cari jasad Sabari di Sungai Padang Terap diteruskan

Beliau memaklumkan, hasil soal siasat kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu telah membawa kepada pengakuan pembunuhan Sabari.

Hasil soal siasat yang dijalankan merekodkan pengakuan oleh kedua-dua suspek tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari.

Kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudian ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.

Polis mengesahkan penahanan seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan pesara Felcra itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This