KEMENTERIAN Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang dalam persediaan evakuasi 15 rakyat Malaysia susulan keadaan semakin meruncing di Lubnan.
Kementerian Luar dalam kenyataan memberitahu, selain 15 rakyat Malaysia itu, proses evakuasi turut melibatkan tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Kementerian Luar, sebelum ini sembilan rakyat Malaysia telah pun meninggalkan Lubnan secara sukarela.
“Empat lagi rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan.
“Sementara itu, empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan sehingga dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Malaysia seru gencatan senjata segera di Lubnan
Dalam kenyataan sama, Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.
Wisma Putra menegaskan, kekejaman rejim zionis Israel secara jelas telah melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan.
“Malaysia bersolidariti bersama Lubnan dan masyarakat antarabangsa untuk mendesak rejim zionis Israel melaksanakan gencatan senjata segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih dahsyat di Lubnan.
“Penting bagi semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau tersebut,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

