SEORANG pelajar institusi pengajian tinggi swasta ditahan selepas memukul dua lelaki menggunakan kunci stereng di Pekan Dengkil, Sepang, 11.50 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G. K. Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa pada pukul 12.17 tengah hari tadi.
Beliau berkata, pengadu iaitu seorang lelaki Melayu bersama rakannya telah dipukul oleh lelaki berbangsa Cina dengan menggunakan kunci stereng.
“Kejadian ini telah dirakam oleh orang awam dan ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek berusia 20 tahun telah ditahan bersama rampasan kunci stereng yang digunakan sebagai senjata untuk mencederakan mangsa.
Katanya, motif kejadian disebabkan tidak puas hati semasa kedua-dua pihak sedang memandu di Jalan Air Itam ke Pekan Dengkil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

