Hormati impian pelakon ingin genggam trofi Oscar, Ogy Ahmad Daud nasihat mulakan dengan menggali ilmu lakonan, jangan hanya berkata-kata!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Fauziah Ahmad Daud menitipkan pesanan kepada pelakon lelaki yang menyimpan impian mahu mengenggam trofi Anugerah Akademi atau Oscar untuk ‘menyelongkar’ diri lebih mendalam.

Fauziah atau mesra disapa sebagai Ogy berkata, dia menghormati niat aktor itu yang bercita-cita besar inginkan pengiktirafan bertaraf antarabangsa.

Bagaimanapun, sebagai seorang anak seni yang sudah puluhan tahuun bergelumang dalam industri kreatif, dia menyarankan pelakon itu menjiwai watak bukan sahaja sekadar melontarkan dialog.

“Banyak lagi pelakon itu kena belajar. Dia kena selongkar lagi diri sebab bila nak masuk dalam satu watak itu bukan hanya melihat kepada karakter tetapi perlu ada keseluruhannya.

“Minda dia berfikir, jiwa dia merasa, pernafasan, pergerakan, bahasa tubuhnya semua itu banyak kerja,” katanya kepada URTV.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Di Sebalik Topeng di Stor Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.

Tambah Ogy lagi, dia tidak hanya menujukan perkara tersebut kepada aktor itu saja tetapi kepada semua pelakon yang dilihat hanya pandai melontarkan dialog tanpa menjiwai watak.

“Sebenarya tak salah kita nak berfikiran jauh atau global. Tapi saya pernah menonton lakonan ini. Terus terang saya katakan daripada seorang kakak dan seniwati, banyak sangat yang dia harus pelajari.

“Saya melihat kepada acuan lakonan. Apabila anda melafazkan dialog dan bagaimana anda masuk ke dalam watak yang diberikan untuk melontarkan dialog.

“Kalau saya cakap lebih-lebih macam ini pun, pelakon itu mungkin tak faham. Tapi ramai pelakon lain yang saya lihat hanya melontarkan dialog namun tidak memasuki ke dalam watak itu,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, bintang filem Azura itu tidak melihat impian pelakon terbabit sebagai kelemahan namun berharap agar sentiasa berusaha meningkatkan kualiti lakonan sebelum mengapai kejayaan.

“Jika itu adalah impiannya kerana impian itu percuma tetapi sekiranya anugerah itu yang adik inginkan, berusaha keras untuk dapatkannya.

“Buktikan kepada netizen yang awak boleh menang anugerah Oscar, insya-Allah tapi kena belajarlah jangan main asal boleh sahaja.

“Jangan rambut sahaja nak kena cantik, pakai kanta mata lekap. Lakoanan bukan hanya itu (jaga penampilan) sahaja,” ujarnya.

Mengambil contoh seperti pelakon Leonardo DiCaprio dan Tan Sri Michelle Yeoh yang meraih trofi Oscar hanya selepas puluhan tahun berada dalam industri, begitu jugalah nasihat Ogy kepada aktor terbabit.

“Perlu diingatkan, Leonardo ambil masa puluhan tahun untuk mengenggam trofi anugerah Oscar pertamanya. Begitu juga Brad Pitt, Al Pacino dan pelakon negara kita iaitu Michelle Yeoh.

“Mempunyai impian itu bagus tapi kamu perlu buat sesuatu. Jangan hanya sekadar berkata-kata.

“Mulakan dengan mencari ilmu dalam bidang lakonan. baru kamu akan menghargai seni,” jelasnya,

Dalam perkembangan lain, Teater Di Sebalik Topeng bakal dipentaskan pada 19 dan 20 Oktober ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP. 

Teater terbitan Ogy Ventures & Network Sdn Bhd  itu dibawakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta mendapat sokongan daripada geran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This