Fasha Sandha sudah rancang nak hamil lagi, tapi terpaksa tangguh demi naskhah luar biasa! – “Ini perjanjian dengan suami…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DEMI komitmen terhadap karier lakonan, pelakon Fasha Sandha terpaksa menangguhkan perancangan untuk hamil pada tahun ini.

Kata Fasha, tawaran berlakon di bawah karya penulis terkenal Azimah Pak Wan adalah peluang keemasan yang tidak mungkin ditolak walaupun sekali seumur hidup.

“Tahun ini belum ada rezeki nak cuba berusaha dapatkan anak sebab saya tak sampai hati nak tolak naskhah yang sudah ditulis untuk saya daripada Azimah Pak Wan.

“Ramai pelakon yang meminati hasil penulisan skrip daripada dia. Kalau saya tolak, ibaratnya macam satu rezeki yang disia-siakan. Karakter drama tersebut pun sangat bagus,” katanya kepada URTV ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Fasha, dia bersyukur apabila hasratnya untuk menangguhkan seketika perancangan menambah zuriat dipersetujui suami yang juga pelakon Aidil Aziz.

Malah, pada masa sama, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha,40, mendedahkan sudah membuat pemeriksaan kesihatan dengan pakar perubatan.

“Selepas berbincang dengan suami, dia kata tak apa tentang anak. Dia suruh saya terima karya tersebut.  Fasal anak tangguh dahulu, insya-Allah ada rezeki akan usaha tahun depan.

“Ini sebenarnya perjanjian dengan suami yang saya akan berusaha untuk hamil lagi walaupun usia sudah 40 tahun. Dengan izin Allah juga, saya sebagai manusia hanya merancang.

“Kami sudah beberapa kali buat pemeriksaan dan doktor maklumkan, saya sihat serta boleh mengandung secara normal atau secara persenyawaan in-vitro (IVF). 

“Bila hamil pada usia 40 tahun, kandungan akan sedikit berisiko. Jadinya, kalau buat IVF, kita boleh pilih jantina dan DNA yang sihat,” kongsinya.

Menjadikan Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai sumber semangat memandangkan aktres itu berpengalaman hamil ketika berusia 41 tahun.

“Che Ta pernah mengandung masa umur 41 tahun, jadinya kalau dia kuat, insya-Allah saya juga boleh,” katanya.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Menerusi perkahwinan pertama,  Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2012 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Perkahwinan itu mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This