Operasi cari jasad Sabari di Sungai Padang Terap diteruskan

Dari Penulis

OPERASI pencarian jasad pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom yang dipercayai telah dicampakkan ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra diteruskan buat hari kedua, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, radius pencarian jasad Sabari, 62, itu diperluas kepada 12.8 kilometer sepanjang sungai berkenaan.

Pencarian itu bermula dari Jambatan Kampung Empa dekat Jitra iaitu lokasi di mana jasad mangsa dipercayai dicampak ke dalam sungai.

Operasi yang bermula pada pukul 9.45 pagi tadi turut disertai Polis Kontinjen Kedah; Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) dari Batu Uban, Pulau Pinang dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Bagaimanapun, setakat pukul 11.45 pagi tadi, masih tiada sebarang petunjuk diperoleh di lokasi pencarian.

Semalam, kehilangan Sabari sejak 4 September lalu akhirnya terungkai selepas lelaki itu disahkan dibunuh dan mayatnya dicampak ke Sungai Padang Terap, Jitra.

Baca artikel lain: Kehilangan terjawab, Sabari dibunuh, mayat dicampak ke Sungai Padang Terap

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, misteri kehilangan Sabari terjawab selepas pihaknya berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tersebut, Jumaat lalu.

Beliau memaklumkan, hasil soal siasat kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu telah membawa kepada pengakuan pembunuhan Sabari.

“Hasil soal siasat yang dijalankan merekodkan pengakuan oleh kedua-dua suspek tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

“Kes orang hilang (OH) telah berjaya diselesaikan dan siasatan dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Sehingga kini, mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari mangsa masih diteruskan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This