Klook, platform terkemuka untuk tempahan pelancongan dan pengalaman, meraikan ulang tahun ke-10 dengan mengetengahkan inovasi, pertumbuhan, dan komitmen berterusannya untuk mencipta pengembaraan yang cukup unik dan jimat poket.
Pengguna juga berpeluang menikmati enam ‘Pengalaman Tidak Ternilai’ Eksklusif, dari penginapan mewah di padang pasir hingga pengalaman budaya yang unik ke pengalaman mencari cendawan di Pergunungan Swiss.
Pengurus Besar Malaysia, Singapura, dan Indonesia, Sarah Wan berkata, Klook akan terus berinovasi, berkolaborasi, dan meningkatkan pengalaman pelancongan pada masa depan.
“Menjelang detik ulang tahun ke-10 yang istimewa ini, kami sedar bahawa perjalanan Klook masih baru sahaja bermula. Komitmen kami untuk mencipta pengalaman pelancongan yang menggembirakan dan lancar akan terus berkembang, dan kami cukup teruja apabila memikirkan tentang masa depan pelancongan, bukan sahaja di peringkat global, tetapi juga di dalam negara.

“Kami berdedikasi untuk membina hubungan yang lebih kuat antara pelancong dan komuniti tempatan, memacu pelancongan yang mampan, dan mencipta masa depan di mana setiap perjalanan dapat menjadi satu gerakan ke arah kebaikan,” katanya.
Dalam pada itu, kata Pengarah Pemasaran Klook Malaysia, Rachel Tan, ulang tahun ini akan menjanjikan sesuatu yang Istimewa buat pengguna.
“Ulang tahun kami kali ini meraikan perjalanan kami dan menjadi bukti komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan. Kami gembira untuk memberikan ganjaran kepada pengguna kami melalui tawaran hebat dan pengembaraan eksklusif,” katanya.

Ulang tahun ke-10 Klook menjadi lebih Istimewa dengan lebih 2000 tawaran pelancongan dan tawaran tawaran eksklusif dan ‘Pengalaman Tidak Ternilai’ baharu bermula dari Dari 3 Oktober hingga 13 November 2024.
Nikmati diskaun istimewa sehingga 50 peratus untuk pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti lawatan, aktiviti, penginapan, dan pengangkutan di destinasi popular seperti Jepun, Thailand, Taiwan, Eropah dan banyak lagi.
Pengguna juga boleh menikmati tawaran mingguan dengan produk beli satu percuma satu, tawaran musim yang menampilkan pengalaman terbaik musim luruh dan musim sejuk di Jepun, serta produk eksklusif daripada Klook.
Ditubuhkan pada 2014, Klook yang bermula sebagai sebuah syarikat permulaan kecil kini telah berkembang menjadi sebuah platform global yang menawarkan lebih daripada setengah juta pengalaman pelancongan ke lebih daripada 100 bandar di seluruh dunia.
Dengan lebih daripada 140 juta tempahan perjalanan dan 70 juta lawatan bulanan ke platformnya, Klook kini telah menjadi satu elemen penting dalam cara pelancong menerokai dunia.

