Mat Sabu terima kunjungan CEO MADACorp, muat naik gambar bersalaman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (MADACorp), Abdullah Ismail, tengah hari tadi.

Gambar pertemuan itu turut dimuat naik ke Facebook Mohamad, sebentar tadi.

Kedua-dua individu tersebut dilihat tersenyum sambil bersalaman dalam gambar berkenaan.

“Tengah hari tadi YB Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp, Sdra Abdullah bin Ismail,” menurut hantaran tersebut ringkas.

Semalam, Abdullah mengakui kesilapan dan tampil memohon maaf susulan video tular tidak menyambut salam dihulurkan Mohamad.

Baca artikel lain: Tular tak sambut salam Mat Sabu, CEO MADACorp mohon maaf, akui silap

Video berkenaan dirakam ketika Mohamad melakukan lawatan kerja ke Kedah, Isnin lalu.

Abdullah dalam kenyataan menjelaskan, beliau sebelum itu telah pun bersalaman dengan Mohamad sebaik sahaja menteri itu tiba ke Program Sentuhan Madani di pekarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar.

Katanya, beliau kemudiannya telah mengiringi Mohamad untuk bersalaman dengan pegawai-pegawai yang lain.

“Ketika mengiringi Mohamad bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan saya.

“Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This